/fa-fire/ TOP$type=three$date=0$sn=0$rm=0$au=0$c=8$va=0$m=0$h=184$l=0$i=1$show=home$spc=0

6 Perkara Yang Perlu Ada Pada Nintedo Switch 2

Mengikut sejarah keluarga Nintendo 3DS, Nintendo memperkenalkan New 2DS XL dalam lingkungan 2 hingga 3 tahun selepas New 3DS XL. Menggunakan formula yang serupa, kita boleh jangkakan Nintendo Switch bakal terima rawatan yang serupa kerana konsol hibrid mudah alih terhebat Nintendo ini sudah berusia lebih dua tahun.
Spekulasi dan khabar angin memang menunjukkan yang 2019 adalah tahun Nintendo Switch akan menerima kemas kini. Tapi yang dikhuatirkan adalah kemas kini yang dibawakan mereka tidak merungkaiakn permasalahan yang dihadapi pengguna pada konsol Switch pertmaa.
Ini adalah 6 pembaharuan yang perlu dibawa Nintendo dalam “Switch 2”

1.Output 4K UHD

Dalam tahun 2019 ini, harga TV UHD semakin memasuki wilayah mampu milik. Lebih ramai orang yang membelinya bukan sahaja untuk bermain, tapi menonton strim seperti Netflix dan sebagainya.
4K UHD adalah resolusi semakin norma sekarang
Setakat ini, hanya Nintendo Switch masih belum ada wakil 4K sedangkan Playstation 4 dan Xbox One sudah lama ada fungsi itu. Sudah sampai masanya Nintendo menaikai “kapal” UHD jika tak mahu kehilangan peminat.

2. Paparan berbingkai nipis

Mate 20X, telefon yang jauh lebih kecil fizikalitinya berbanding Nintendo Switch pun ada paparan berbingkai nipis. Pastinya ada lebih daripada cukup ruang untuk Nintendo meminimumkan bingkai gergasi yang ada pada konsol itu sekarang.
Mate 20X berbanding Nintendo Switch
Manfaat paparan berbingkai nipis dalam badan sedia ada sudah tentunya berikan pengalaman bermain yang lebih imersif.
Imej konsep Nintendo Switch berbingkai nipis
Resolusi 720p masih lagi releven dengan paparan mudah alih kerana pada resolusi yang lebih tinggi, ia pastinya memberi kesan pada prestasi konsol dan juga hayat bateri.

3. Ethernet pada Dock

Sambungan Wi-Fi dalam konsol itu sendiri pun tidaklah baik mana. Ada sebilangan channel Wi-FI yang tidak disokongnya. Lebih parah, terdapat kegendalaan sambungan dilaporkan penggunannya semasa rancak bermain.
Ethernet adalah perkara asas pada konsol permainan
Memasukkan port LAN pada dock adalah satu langkah yang wajar kerana ia membeirkan kestabilan sambungan Internet semasa bermain dan juga semasa menonton video di APP YouTube contohny

4. Rekaan Dock yang lebih intuitif

Rekaan dock itu sendiri mendapat aduan daripada penggunanya. Bahagian konsol sering tercalar dek tindakan keluar masuk konsol pada dock. Penyelesaian sementara adalah melapiskan bahagian dalam dock dengan kain felt.
Dock terima aduan ramai mencalarkan paparan
Tak mungkin isu ini tidak ditemukan Nintendo ketika membangunkan konsol ini. Maka, ramai yang berharap Nintendo menambah baik rekaan dock dan pada masa yang sama tidak menjejaskan kebolehgunaan dock baru dengan produk yang sedia ada.

5. Tongkat belakang yang lebih teguh

Saya sendiri hanya beberapa kali sahaja menggunakan tongkat belakang konsol. Bukan sahaja tak stabil kerana letaknya di hujung konsol, ia juga amat senang tertanggal daripada badan. Sudahnya saya hanya gunakan pemegang tablet untuk bermain.
Tongkat Nintendo Switch seperti tidak wujud
Contoh rekaan tongkay yang boleh Nintendo ambil inspirasi adalah yang sedang digunakan pada Microsoft Surface. Bukan sahaja teguh, tongkatnya boleh dilaraskan kecondongan agar lebih fleksibel tidak kira di mana mereka bermain.

6. Sokongan audio Bluetooth

Bermain game secara online tanpa komunikasi suara hanyalah seperti bermain dengan bot. Pelbagai workaround diusahakan pengguna Switch untuk sedaya upaya mengadakan ciri ini. Misalnya mereka menggunakan pemancar audio Bluetooth yang menggunakan port audio ataupun USB-C.
PS4 sudah lama ada, mengapa Nintendo Switch belum ada
Mungkin Nintendo boleh menggunakan penyelesaian PS4 yang menyediakan jek audio pada DualShock 4 untuk disambung pada hedfon pemain.

COMMENTS

Name

Amplifier,1,Audio,7,Automotif,2,ayam masak merah,1,Berita,7,Bravo Audio,1,Capture Card,1,china,2,Dalam Negara,2,DIY,2,DJI,1,dji osmo,1,dji osmo pocket,1,ezcap,1,ezcap295,1,FiiO,1,Gaming,1,Gelagat,1,go kl,1,HiFiMAN,1,IEM,4,info,7,Intel,1,Jalan,2,kamera,1,Konsol Gaming,1,kopi,1,Makan,7,malaysia,1,nescafe,1,nestle,1,Nintendo,2,nintendo switch,2,panas,9,Processor / CPU,1,Razer,1,razer blade stealth,1,Resepi,5,Reviu,9,Shuoer,1,soya,1,steak,1,susu soya,1,tamron,1,Teknologi,5,tfz,1,tfz series 5,1,Tin Audio,1,travel,1,Video,2,xian,2,
ltr
item
BukuNota: 6 Perkara Yang Perlu Ada Pada Nintedo Switch 2
6 Perkara Yang Perlu Ada Pada Nintedo Switch 2
https://bukunotahome.files.wordpress.com/2019/01/190119-nintendo-switch-hero.jpg?w=1080
https://i.ytimg.com/vi/coi9hdNYyBE/default.jpg
BukuNota
https://bukunotanet.blogspot.com/2019/01/6-perkara-yang-perlu-ada-pada-nintedo.html
https://bukunotanet.blogspot.com/
https://bukunotanet.blogspot.com/
https://bukunotanet.blogspot.com/2019/01/6-perkara-yang-perlu-ada-pada-nintedo.html
true
2271033099710307519
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU Diari ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content