/fa-fire/ TOP$type=three$date=0$sn=0$rm=0$au=0$c=8$va=0$m=0$h=184$l=0$i=1$show=home$spc=0

XDL-NS01: Pek Bateri Terbaik Untuk Nintendo Switch

Nintendo Switch miliki bateri berkapasiti 4,310mAh yang dikatakan pengeluarnya mampu bertahan sekurang-kurangnya 2.5 jam bergantung pada perisian apa yang sedang dijalankan. Kecualilah anda dapatkan model yang ditambah baik, bermain Switch dalam mode handheld bukanlah pengalaman yang optimum.
XDL-NS01 adalah satu-satunya case dengan bateri terbina. Pek kuasa macam Nyko Power Pak bekalkan sehingga 10,000mAh kepada konsol anda tapi ada satu kekurangan.
Pek kuasa hanya mencengkam bahagian paparan konsol yang menyebabakan beban terpaksa ditanggung bahagian railing joy-con. Jadi untuk tak merosakkan bahagian itu, XDL-NS01 hadir dalam bentuk casing yang membaluti keseluruhan konsol.
Disebabkan ia membaluti keseluruhan konsol, ia amat selesa apabila dipegang semasa bermain dengan kehadiran grip yang agak besar. Cumanya longkang grip agak cetek tak seperti grip tanpa bateri. Ditambah pula dengan finishing bukan getah, kadang-kala memegangnya rasa tak yakin takut-takut akan tergelincir daripada tangan.
Bahagian belakang grip ada kickstand yang lebih kukuh berbanding yang ada pada konsol dan disebaliknya ada tempat untuk letakkan sehingga 2 kad permainan ataupun SD.
Satu yang saya puji dengan casing ini adalah bahagian dalamnya dilapisi baldu yang kurangkan risiko calar di belakang badan konsol.
Untuk specs bateri, ia ada 10,000mAh. Bateri-nya dicas masuk menggunakan port USB-C di bahagian atas dan mampu terima masuk tenaga sehingga 18W pada kadar 5V/3A. Di sebelah port USB-C ada satu USB-A untuk mengecas keluar aksesori lain.
Untuk mengecas Switch pula ia ada rating seperti berikut:
  • 5V/3A
  • 9V/2A
  • 12V/1.5A
Kalau anda khuatir ia akan brick-kan Switch kerana tak mengikut specs pengecasan pelik Nintendo, rating kuasa yang ia ada lebih rendah daripada pek kuasa Anker PowerCore 13,400, powerbank rasmi untuk konsol Nintendo Switch.
Satu saja tambah baik yang saya ingin pengeluarnya lakukan pada iterasi yang seterusnya. Pek kuasa ini sepatutnya ada butang on/off untuk hentikan konsol daripada daripada sedut kuasa daripada pek kalau tak, bateri konsol akan sentiasa 100% dan ia tak bagus untuk hayat bateri.
Walau apapun, ia adalah pek bateri terbaik untuk Nintendo Switch setakat ini dan dijual pada harga RMB 155 (RM 93).

COMMENTS

Name

Amplifier,1,Audio,7,Automotif,2,ayam masak merah,1,Berita,7,Bravo Audio,1,Capture Card,1,china,2,Dalam Negara,2,DIY,2,DJI,1,dji osmo,1,dji osmo pocket,1,ezcap,1,ezcap295,1,FiiO,1,Gaming,1,Gelagat,1,go kl,1,HiFiMAN,1,IEM,4,info,7,Intel,1,Jalan,2,kamera,1,Konsol Gaming,1,kopi,1,Makan,7,malaysia,1,nescafe,1,nestle,1,Nintendo,2,nintendo switch,2,panas,9,Processor / CPU,1,Razer,1,razer blade stealth,1,Resepi,5,Reviu,9,Shuoer,1,soya,1,steak,1,susu soya,1,tamron,1,Teknologi,5,tfz,1,tfz series 5,1,Tin Audio,1,travel,1,Video,2,xian,2,
ltr
item
BukuNota: XDL-NS01: Pek Bateri Terbaik Untuk Nintendo Switch
XDL-NS01: Pek Bateri Terbaik Untuk Nintendo Switch
Nintendo Switch miliki bateri berkapasiti 4,310mAh yang dikatakan pengeluarnya mampu bertahan sekurang-kurangnya 2.5 jam bergantung pada perisian apa yang sedang dijalankan. Kecualilah anda dapatkan model yang ditambah baik, bermain Switch dalam mode handheld bukanlah pengalaman yang optimum. XDL-NS01 adalah satu-satunya case dengan bateri terbina. Pek kuasa macam Nyko Power Pak bekalkan sehingga 10,000mAh kepada konsol anda tapi ada satu kekurangan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIrDG7nmDrvPd8aZo5p7erFB3eB-V7Xo52ZzgLpp933bb8UqlcV4AM5lskdqm2IckhA3n6hujWo-r0ynzvBVSDEnKsXP698wekslh7zCUdxR0mcs81H1y0KkxRhTLo3qyVguSK48q9JL0/s1600/190902-nintendo+switch+power+pack+hero.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIrDG7nmDrvPd8aZo5p7erFB3eB-V7Xo52ZzgLpp933bb8UqlcV4AM5lskdqm2IckhA3n6hujWo-r0ynzvBVSDEnKsXP698wekslh7zCUdxR0mcs81H1y0KkxRhTLo3qyVguSK48q9JL0/s72-c/190902-nintendo+switch+power+pack+hero.JPG
BukuNota
https://bukunotanet.blogspot.com/2019/09/xdl-ns01-pek-bateri-terbaik-untuk.html
https://bukunotanet.blogspot.com/
https://bukunotanet.blogspot.com/
https://bukunotanet.blogspot.com/2019/09/xdl-ns01-pek-bateri-terbaik-untuk.html
true
2271033099710307519
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU Diari ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content