Cerita
Lelaki bergelar sebagai Kritsada Ratprachoom telah berkongsi kisahnya di laman Facebook. Selepas menghantar anaknya ke sekolah, lelaki tersebut merasa perutnya memulas dan ingin membuang air besar dengan segera. Sejurus sahaja tiba di tandas dan kemudian selesainya, dia dapat merasakan ada sesuatu ingin dikeluar dari duburnya lagi."Saya baru saja selesai menghantar anak saya di sekolah" jelasnya kepada Khaosod, menurut terjemahan di Metro. "Selepas itu, saya merasa seperti tidak puas selesai membuang air besar, seperti sesuatu yang tersisa, jadi saya bangun untuk melihat apa itu, dan ada sesuatu yang melekat di bahagian bawah saya."
Rupa-rupanya, cacing pita ataupun tapeworm telah dikeluarkan. Anggaran sepanjang 9.7 meter
Kritsada Ratprachoom juga menceritakan sifatnya dan menyatakan agak regang.
Gambar
Info
Cacing pita adalah parasit yang hidup di dalam usus binatang tertentu. Haiwan boleh dijangkiti oleh cacing dengan makan rumput di padang atau minum air yang tercemar, jikalau dijangkiti di badan manusia, biasanya diperolehi daripada makan daging-daging yang mentah atau tidak dimasak dengan baik.

COMMENTS